
Kulit Sensitif
Secara dermatologikalnya, tidak ada definisi khusus untuk kulit sensitif. Kulit sensitif merupakan terma awam yang digunakan untuk menggambarkan kondisi kulit sesetengah individu yang mempunyai toleransi yang rendah terhadap kosmetik dan produk-produk penjagaan peribadi ataupun lingkungan yang menyebabkan kulit mereka sering muncul ruam, berbintik putih, gatal-gatal dan mengalami kesakitan yang menyengat dampak dari penggunaan produk produk tersebut.
CIRI CIRI KLINIKAL
Kulit sensitif bisa muncul dalam pelbagai bentuk seperti:
- Sengatan, gatal, atau sensasi panas/terbakar. Walau bagaimanapun, simptom-simptom ini adalah subjektif dan tidak semua orang mengalaminya.
- Perubahan kulit yang ketara seperti kemerah-merahan, benjolan,gatal-gatal, kulit menggelupas, berkeruping, kekeringan dan bersisik.
Selalunya, kebanyakan aduan berkaitan kulit sensitif adalah berkenaan dengan bagian muka dan tangan karena bagian mata, hidung dan mulut merupakan kawasan yang paling sensitif dan tangan biasanya dicuci berkali-kali dalam sehari dengan menggunakan bahan pencuci yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi. Walaupun begitu, bagian badan lain seperti ketiak, kawasan pangkal paha dan kemaluan adalah kawasan yang juga sensitif disebabkan oleh tekstur kulit yang sedikit nipis di sekitarnya.
PENYEBAB KULIT SENSITIF
Lapisan kulit luar, juga dikenali sebagai epidermis, merupakan pelindung penghadang yang membantu mengelakkan kemasukan bahan berbahaya dan yang paling penting, membantu memerangkap kelembapan dalam kulit. Namun begitu, kadangkala pelindung penghadang ini mungkin menjadi lemah, dan secara tidak langsungnya, mendedahkan kulit anda kepada kerengsaan yang bisa menyebabkan reaksi tindakbalas pada kulit anda.
Terdapat beberapa sebab perubatan yang diiktiraf bagi kulit kering iaitu:
- Irritant contact dermatitis
- Allergic contact dermatitis
- Contact urticaria
- Rosacea
- Physical urticaria and dermographism
- Aquagenic pruritus
- Kulit kering
- Eczema/dermatitis
- Photodermatoses
- Cutaneous mastocytoses
- Carcinoid syndrome
- Irritant contact dermatitis (ICD)
- Pendedahan berlebihan terhadap keadaan lingkungan yang merosakkan kulit seperti cahaya matahari, angin mahupun bahang yang berlebihan atau suhu terlalu sejuk.

Mari fahami dengan lebih terperinci tentang kondisi-kondisi ini. Kebiasaannya, apabila berdepan dengan perihal kulit sensitif, ianya sering merujuk kepada sejenis irritant contact dermatitis (ICD). Ini terjadi apabila kulit mengalami tindakbalas peradangan dan ejen yang digunakan secara luaran yang pada sebelumnya tidak mempunyai sebarang sensasi. Contoh ejen seperti yang dinyatakan adalah:
- Iritasi kulit seperti bahan pencuci dan pelarut, yang mana sering digunakan dikalangan mereka yang mencuci tangan dengan sering seperti jururawat, pendandan rambut, pelayan bar, tukang masak, serta tukang cuci, dand sebagainya
- Cecair badan seperti peluh, air kencing dan najis.
- Faktor lingkungan seperti haba, sejuk, kelembapan rendah dan sinar ultraviolet.
- Faktor mekanikal seperti geseran, tekanan, getaran dan oklusi.
- Walau bagaimanapun, faktor individu seperti umur, jantina, jenis kulit, dan sejarah eksim turut bisa mencetus kepada terjadinya ICD.
Terdapat bentuk dermatitis lain yang dipanggil “allergic contact dermatitis” – contohnya nikel dan getah, yang bisa mencetuskan tindakbalas alahan, punca terjadinya keadaan ini masih tidak diketahui.
ICD sering terjadi pada mereka yang menderita eksim, lelah, dan demam disebabkan alahan. Ciri ciri ini juga turut terjadi dalam keluarga ataupun disebabkan oleh faktor keturunan.
Rupa bentuk ICD ialah ruam yang kemerah-merahan, berkeping dan kering – sama seperti eksim, kecuali ianya lebih selalu ditemukan pada bagian tangan, muka, dan leher serta kawasan yang selalu terdedah kepada bahan bahan perengsa. Selain itu, bisa juga terjadi keadaan kulit yang melepuh dan berdarah. Gatal-gatal merupakan simptom utama dan bisa menjadi sangat berat dan rasa sakit yang sukar untuk dihadapi.
BAGAIMANA KULIT SENSITIF DIDIAGNOS?
umumnya, punca kulit sensitif berkemungkinan didiagnos berdasarkan sejarah kondisi kulit itu sendiri, selain ujian klinikal oleh pakar dermatologi anda.
Secara amnya, seorang doktor akan mencari punca sebenar yang lain, seperti eksim, atau “irritant contact dermatitis (ICD)” atau “allergic contact dermatitis”.
Doktor akan mengesyorkan beberapa ujian seperti biopsy kulit atau ujian tampalan, bergantung kepada sejarah kondisi serta ujian yang dijalankan. Adalah lebih baik sekiranya anda berbincang dengan doktor anda tentang perlunya anda menjalani ujian, dan apa yang bisa dan tidak bisa didiagnos.
BAGAIMANA MERAWAT KULIT SENSITIF?
Rawatan selalunya ditujukan pada punca atau penyebab yang lain selain kondisi tertentu yang dialami individu itu sendiri. Untuk eksim, sila rujuk artikel kami yang menerangkan dengan lebih dalam tentang bagaimana caranya untuk menangani eksim. ICD secara umumnya ditangani dengan cara mengurangkan pendedahan terhadap bahan-bahan perengsa, seperti memakai sarung tangan atau mengurangkan penggunaan bahan pencuci yang kurang kandungan bahan kimianya, dan dengan cara melembap dengan efektif untuk memperbaiki penghadang kulit. Kadangkala, pemakaian krim topikal yang mengandungi steroid diperlukan untuk memastikan peradangan berada di tahap terkawal, walaupun ini bukanlah suatu yang diharuskan untuk penjagaan kulit sensitif.
Untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif tanpa sebarang sebab atau punca yang bisa ditemukan, atau mereka yang perlu menjaga kondisi kulit mereka yang rosak, rutin penjagaan kulit yang baik adalah disyorkan, yang mana ianya bisa melindungi kulit anda dari iritasi.
Tip dari kami untuk rutin penjagaan kulit anda:
- Sahkan diagnosis dari doktor anda – jika tidak ada sebarang perubahan, atau menjadi bertambah berat, anda perlu mendapatkan nasihat dan mungkin mencari alternatif lain atau diagnosis yang jarang terjadi.
- Elakkan barang / makanan yang menyebabkan alahan
- Elakkan menggaru
- Pastikan anda tahu apa yang disapu pada kulit
- Gunakan mandian badan / pembersih bebas sabun.
- Pastikan kulit anda sentiasa lembap dan terhidrat! Gunakan pelembap hilang kegatalan seperti Suu Balm dan pastikan anda memakainya dengan kerap sepanjang hari – maksudnya, sekurang kurangnya 3 hingga 4 kali!
- Pakai krim pelindung matahari
BAGAIMANA MEMILIH PELEMBAP?
Terdapat pelbagai jenis pelembab berlainan yang terdapat di pasaran. Mungkin sukar bagi sesetengah individu untuk memilih produk manakah yang sesuai untuk kulit sensitif. Secara amnya, pelembap merupakan krim yang terhasil dari campuran minyak dan air, walaupun ada sebagian yang berasaskan “parafin” dan dikenali sebagai salap (jenis pelembab seperti ini biasanya lebih pekat dan lebih berminyak)
Pertama sekali, anda perlu menggunakan pelembab dengan sering. Oleh itu, adalah penting untuk memilih pelembab yang membuatkan anda selesa untuk dipakai sesering mungkin. Contohnya: sesetengah orang mendapati pelembab yang pekat rumit untuk dipakai selalu (terkadang mereka merasakan ianya menjadi agak leceh apabila mereka ingin bersiap untuk keluar, terutama sekali di bawah suhu cuaca yang panas selepas pemakaian). Oleh yang demikian, cobalah krim yang menyerap ke dalam kulit dengan senang supaya anda dapat menjalankan aktiviti anda di luar rumah dengan selesa dan supaya anda dapat meningkatkan frekuensi pemakaian sesering yang mungkin!
Kedua, anda perlu mempertimbangkan bahan-bahan yang terdapat dalam pelembap: terdapat beberapa bahan merengsa yang digunakan dalam produk-produk kosmetik (pelembab, secara amnya dikategorikan sebagai kosmetik dari pada sudut perspektif peraturan produk.) Sesetengah perspektif termasuk paraben, termasuk dalam kategori ini, sama halnya dengan bahan-bahan yang digunakan untuk mengolah asid/keseimbangan asas asid, contohnya: sodium hydroxide.
Mereka yang mempunyai kulit sensitif juga perlu lebih berhati-hati dengan ekstrak tumbuhan, ini karena terdapat ekstrak tumbuhan yang merengsakan kulit dan selalunya bisa didapati dalam produk penjagaan kulit – seolah olah untuk memaparkan imej organik dan semulajadi. Pada sisi yang lain, terdapat beberapa bahan yang sangat bermanfaat seperti ceramides dan pecahan produk filaggrin yang berfungsi untuk memperbaiki penghadang kulit yang rosak, mengembalikannya ke fungsi normal dan sekaligus meningkatkan pengekalan kelembapan pada kulit.
Yang terakhir, pilihlah pelembab yang mengandungi lebih manfaat seperti melegakan gatal kulit. Mentol, dalam kuantiti yang sedikit sangat berdampak dalam melegakan gatal-gatal yang dikaitkan dengan eksim, ICD, dan kondisi lain yang terkait dengan kulit sensitif.
BAGAIMANA MEMILIH MANDIAN BADAN?
Aspek yang paling penting dalam memilih mandian badan yang tepat ialah dengan memastikan ianya bebas sabun. Anda akan melihat banyak rangkaian produk yang dilabelkan sebagai bebas sabun tetapi mengandungi bahan seakan-akan sabun yang mendatangkan kerengsaan pada kulit (ianya diklasifikasikan sebagai bahan pencuci, iaitu bahan yang membantu menyingkirkan minyak kulit, sekaligus menjadikannya mudah untuk dibasuh dengan air). Antara bahan yang selalu digunakan ialah Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan Sodium Laureth Sulfate (SLES).
Nota berkenaan bahan-bahan yang disebutkan pada bagian “Bagaimana Memilih Pelembap?” turut digunapakai bagi pemilihan mandian badan. Ingat, bahan pewangi dan pewarna juga harus dielakkan.
Sekiranya tangan anda kotor, atau diliputi minyak, anda perlu menggunakan sedikit sabun – oleh itu, gunakanlah sabun berjenis lembut, tanpa pewangi, dan selepas itu, keringkan kulit dengan betul dan gunakanlah pelembap sejurus selepas itu!
BAGAIMANA MELINDUNGI TANGAN dari TERKENA SENTUHAN BAHAN YANG MERENGSAKAN?
- Coba elak dari terkena sabun pencuci kain dan pinggan dengan cara pakaikan sarung tangan.
- Elakkan tangan anda dari berminyak dan kotor, agar anda dapat mengurangkan penggunaan sabun.
- Bahan makanan bisa menyebabkan kerengsaan pada kulit (contohnya: Ubi kentang, lada, buah-buahan jenis sitrus).
- Berkebun juga turut mendedahkan tangan kepada tumbuh-tumbuhan yang berpotensi merengsakan kulit. Oleh itu dapatkanlah bantuan atau gunakan sepasang sarung tangan berkualiti yang dikhususkan untuk berkebun.
Share this page